MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PROGRAM TRANSISI MURID-MURID TAHUN 1 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN PETAGAS PENAMPANG

Tarikh : 09 Januari 2014 (Khamis)
Masa: 12:35 pm
Tempat: Makmal Komputer SK Petagas

Agenda:

  1. Taklimat Hal Ehwal Murid
  2. Taklimt Program Linus
  3. Taklimat J-QAF
  4. Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah
  5. Taklimat Bimbingan Dan Kaunseling.

LAPORAN

Taklimat Hal Ehwal Murid: Taklimat tentang hal ehwal murid sekolah SK Petagas telah disampaikan oleh Encik Affendy Hj. Soeto selaku Guru Penolong Kanan HEM di mana beliau menyentuh sedikit mengenai peraturan sekolah, kehadiran murid, pendaftaran murid dan bantuan-bantuan kerajaan kepada murid-murid. Beliau juga ada menjelaskan tentang bantuan wang seperti KOAM dan sebagainya agar semua ibu bapa lebih memahami tentang pembahagian bantuan tersebut.

Taklimat Program LINUS: Taklimat LINUS telah disampaikan oleh penyelaras masing-masing mengikut subjek BM dan Matematik. Puan Askiah selaku penyelaras program ini telah menerangkan dengan jelas tentang program NKRA tersebut agar ibu bapa lebih memahami dan peka kepada perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Beliau juga menyentuh bagaimana proses Literasi dijalankan sehinggalah murid-murid dapat melepasi tahap perdana. Manakala Pn. Celistha pula telah menerangkan tentang Numerasi program ini di mana prosesnya juga sama dengan yang telah dijelaskan oleh penyelaras.

Taklimat J-QAF: Taklimat J-QAF telah disampaikan oleh En. Zahar di mana beliau merupakan penyelaras program tersebut. Beliau juga telah menerangkan tentang maksud dan tujuan program ini dijalankan di semua sekolah di negara ini terutama sekali SK Petagas.

Taklimat Disiplin dan peraturan Sekolah: Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Disiplin Tahap 1 SK Petagas iaitu Pn. Sri Dewi di mana beliau telah menyentuh mengenai pakaian murid, kebersihan, rambut, masa belajar dan juga perbuatan-perbuatan yang ditegah di sekolah. Beliau juga menekankan tentang pemakaian lencana sekolah dan juga tanda nama murid-murid.

Taklimat Bimbingan dan Kaunseling: En. Darma sekalu kaunselor sekolah telah mempelawa semua ibu bapa yang hadir agar dapat bertemu dengan beliau sekiranya ada masalah-masalah yang perlu dibincangkan bersama terutama sekali mengenai pembelajaran anak-anak.

Taklimat tamat pada jam 3:00 petang dan diakhiri dengan sedikit jamuan ibu bapa.

Taklimat Guru Pen. Kanan Hal Ehwal Murid En. Affendy Hj. Soeto

Taklimat Guru Pen. Kanan Hal Ehwal Murid En. Affendy Hj. Soeto

IMG_3094

IMG_3095

Taklimat Program Linus (Penyelaras Program)

Taklimat Program Linus (Penyelaras Program)

IMG_3099

Taklimat J-Qaf / Tasmik (Guru J-Qaf)

Taklimat J-Qaf / Tasmik (Guru J-Qaf)

Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah (Gurur Disiplin)

Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah (Gurur Disiplin)

Ibu Bapa mengisi borang SARANA Ibu Bapa

Ibu Bapa mengisi borang SARANA Ibu Bapa

IMG_3112

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: