MAKLUMAN SUKAN SEKOLAH DAN CUTI PERISTIWA

MAKLUMAN SUKAN SEKOLAH DAN CUTI PERISTIWA

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.         Sukacita  dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa SK Petagas akan mengadakan sukan tahunan kali ke 36 pada 04 Oktober 2012 bersamaan dengan hari Khamis, sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memaklumkan kepada tuan/puan tentang berberapa perkara seperti yang berikut:-

 

2.1       Pada 03 Oktober 2012 (Rabu) pertandingan akhir beberapa acara sukan akan dijalankan di sidang pagi, sementara di sidang petang semua murid hadir ke sekolah belajar seperti biasa.

2.2       Pada 04 Oktober 2012 (Khamis) semua murid Tahap 2 hadir ke sekolah sementara murid  Tahap 1 bercuti kecuali murid yang terpilih untuk membuat persembahan senamrobik, manakala murid PraSekolah belajar seperti biasa.

2.3       Pada 05 Oktober 2012 (Jumaat) adalah cuti peristiwa yang mendapat kelulusan pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Murid Tahap 1, 2 dan PraSekolah akan belajar seperti biasa pada 08 Oktober 2012 (Isnin)

 

Kerjasama dan perhatian tuan/puan  dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan serta dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: